Wednesday, December 2, 2015

Little Caliphs Grand Ihtifal 2015

Majlis Ihtifal Little Caliphs, tadika Hana Alesya tahun ini diadakan pada 22 November 2015 di Hotel Sri Malaysia, Kepala Batas. Majlis diadakan untuk 3 cawangan Little Caliph iaitu cawangan Bertam, Jawi dan Sg. Dua. 




Ibubapa zaman sekarang memang beri sokongan pada anak-anak. Mesti turut serta dalam setiap acara yang melibatkan anak.


Saya pun tak terkecuali. Siap duduk depan sekali tu.


Acara bermula. Dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.


Hana Alesya dan kawan-kawan. Seronok dia bila tengok ibu, abah, abang-abang dan adik duduk di depan sekali.



Seperti biasa, majlis diserikan dengan ucapan dari Tn. Hj. Khalil Azlan.


Seterusnya persembahan bermula. Semua berpeluang naik ke pentas untuk tunjuk bakat.




Ibubapa sekalian sibuk mengambil gambar anak-anak buat kenangan.





Persembahan Hana Alesya dan kawan-kawan.



Hafiy Jazmi budak baik. Lansung tak meragam walaupun mengantuk.





Habis sahaja persembahan, acara pemberian sijil tamat persekolahan untuk pelajar 6 tahun.


Hana Alesya segak bergaya dengan jubah konvokesyen.







Hana Alesya dan Irdina, kawan baiknya di tadika.




Rasa macam cepat sangat dah besar. Tahun depan sudah naik darjah 1.


Hana Alesya dan ibu.


Bergambar kenangan bersama cikgu yang mengajar.




Hana Alesya dan abang-abang.



Hana dan abah. Anak manja abah.


Tahun depan sudah masuk darjah 1. Tahun depan kena lebih pandai berdikari.

No comments: