Tuesday, December 1, 2015

Penang International Science Fair & Projek Sains Di Rumah

Antara aktiviti yang anak-anak saya turut serta semasa cuti sekolah ini adalah Penang International Science Fair. Tengok betapa ramainya orang yang datang. Masa ni tengah beratur nak daftarkan Haziq dan Hadif untuk kelas membuat roket dan robot Lego. Ada macam-macam di sini termasuklah pameran, jualan, pertunjukan silap mata berasaskan sains, pertandingan robotik dan juga cabutan bertuah. Gigih jugalah mencuba tapi tak ada rezeki saya. 


Lepas daftar kelas, Haziq dan Hadif diberi tag berwarna biru untuk dipakai tanda mereka sudah berdaftar. Hana Alesya menangis nak ikut sama tapi tak boleh sebab ianya untuk kanak-kanak 7 tahun ke atas. Tahun depan ya Hana.


Muka orang teruja nak belajar buat roket dan robot Lego.



Balik rumah terus cuba buat roket sendiri di rumah.


Beria 2 beradik ni buat eksperimen. Siap senaraikan apa yang perlu dibeli untuk buat eksperimen.





Percubaan menerbangkan roket.



Saya tak pasti roket berjaya diterbangkan atau tidak. Malas menunggu lama-lama di luar rumah. Cuaca panas. Sayakan puteri lilin. Jangan marah!

No comments: