Wednesday, December 2, 2015

Tahniah Farhana & Fadzli

Cuti sekolah mesti kenyang makan kenduri. Minggu lepas saya pulang ke kampung menghadiri majlis kenduri sepupu Huzein. Seronoknya sebab dapat berjumpa dengan ramai saudara-mara.

Hafiy yang masam sebab baru bangun tidur.


Selain nasi, pelbagai jenis kek dan manisan disediakan. Sudah orang jamu, haruslah makan.


Ketibaan pengantin.


Siap diiringi motor besar lagi.





Di arak masuk ke dalam dewan.




Bacaan doa untuk kesejahteraan pengantin.



Lepas makan kami lepak-lepak sambil sembang-sembang.


Abah dan mak dipanggil menepung tawar pengantin.



Moga kekal hingga ke Jannah.


Kami bergambar di depan dewan.

Hadif tanya, kenapa kita semua pakai baju merah tapi abah tak pakai baju merah?
Abah anak orang lain, kamu semua anak Huzein Fahmi, saya jawab macam tu. Jangan marah ha!


Anak-anak tengok pokok kiambang di dalam kolam kecil depan dewan. Tak biasa tengok. Masa kecil dulu saya biasa main letup-letupkan pokok kiambang ni sebab rumah memang berdekatan dengan bendang.


Harapnya lepas ni ada lagi jemputan kenduri. Seronok sebab dapat makan sedap dan satu lagi sebab tak payah masak.

No comments: