Thursday, January 29, 2015

Hafiy Jazmi dan Pasportnya

Baru-baru ni saya buat pasport untuk Hafiy Jazmi. Buat di Jabatan Imigresen Kulim. Nasib baik gambar diambil terus di situ, jadi tak perlu ke kedai untuk ambil gambar.


Tengoklah hasilnya. Budak ini masam mukanya dan tak pandang tepat ke kamera.

Jadilah, asal ada pasport ya Hafiy.

Darjah 1: Sesi Orientasi & Hari Pertama Persekolahan

Tahun 2015, Hadif Syahmi sudah masuk darjah 1. Sekolah yang sama dengan abangnya Haziq Fahmi. Ini gambar di hari pertam sesi orientasi. Buat pada hari Sabtu, 3 Januari 2015.


Sampai saja terus tengok Hadif diletakkan di kelas mana dan register nama dengan cikgu. Hadif ditempatkan di kelas biru empat segi (pembahagian kelas belum dibuat).




Lepas register terus masuk barisan. Wah, Hadif jadi orang pertama di kelasnya yang datang.



Lama-lama makin ramai yang datang. Kami tinggalkan Hadif di sini.


Lepak di kantin sambil makan dan minum. Hafiy Jazmi seperti biasa memang ceria!


Masa rehat Hadif turun ke kantin. Kami biar dia beli makanan sendiri.



Kawan sebelah Hadif, kawan baru.


Lepas makan terus balik masuk kelas. Nampaknya Hadif jenis yang mudah menyesuaikan diri. Lega sikit hati.


Hari persekolahan bermula. Hari pertama saya dan Huzein hantar dia ke sekolah.


Hadif dan ibu. Dah besar dah anak ibu, sudah jadi anak teruna sebab sudah bersunat.


Hadif yang abah.


Sampai saja di sekolah semua murid darjah 1 berkumpul di dewan sekolah.




Kemudian barulah dipanggil nama untuk menetapkan kelas. Kelas ditetapkan berdasarkan ujian yang dibuat masa hari orientasi. Hadif dapat kelas 1 Persada.


Sesi persekolahan berjalan lancar. Hari kedua Hadif ke sekolah dengan menaiki van sekolah dari transit/tempat mengaji. Saya dan Huzein pergi tengok-tengokkan. Hari ketiga Hadif buat semua sendiri. Lega hati sebab dia jenis senang menyesuaikan diri.

Semoga rajin belajar. Jadi pemuda harapan bangsa!

Tuesday, January 27, 2015

Jalan-Jalan Cari Makan Di Ipoh

Masuk blog sambil sapu-sapu sawang. Sibuk mengalahkan Pengarah padahal kerja tolong Pengarah saja :P

Jom cerita yang seronok-seronok dahulu. Sebab bila sesi persekolahan bermula, maka yang seronok-seronok sudah berakhir. Kalut tiap-tiap pagi.

Sebelum cuti sekolah berakhir kami sekeluarga pulang ke rumah mertua di Ipoh. Kali ini kami jalan-jalan cari makan di Ipoh. Dapatlah saya merasa beberapa makanan di gerai popular di Ipoh. Orang memang ramai sebab masih dalam cuti sekolah. Kami ke Medan Selera Taman Kanak-Kanak.


Abang dan kakak sibuk nak mengempeng dengan adik. Adik sampai kadang-kadang rimas.


Antara yang kami cuba adalah Popiah S.S. Ali.


Itu dia, rasa boleh tahan sedap.


Satay Endut juga antara makanan yang popular di medan selera ini. Tabik untuk abang baju merah. Nampak pembersih orangnya dan kerja sangatlah teratur.


Sate antara kegemaran kami sekeluarga. Makan puas-puas sebab memang order banyak.



Lepas makan boleh ronda-ronda di Gerbang Malam yang terletak bersebelahan dengan medan selera. Lebih kurang macam Up Town. Macam-macam ada dijual di sini.



Esoknya kami singgah makan tengahari di Restoran Kampung Ipoh. Memandangkan kami datang waktu tengahari, hidangan yang ada adalah nasi campur. Lauk pauk memang banyak dan sedap-sedap. Steamboat & grill rasanya waktu malam sahaja yang ada.


Hafiy sabar menanti ibu suapkan makan.




Lepas makan tengahari, Huzein bawa kami ke Majid Cendol. Saya tak menolak maklumlah cendol memang antara kegemaran saya.


Suasana di dalam kedai. Seronoknya kedai ini dikunjungi oleh pelbagai bangsa.



Yum....yum.....saya makan  ini termasuk anak-anak punya yang tak habis makan.


Lepas tu, mata pun sedikit demi sedikit menjadi layu sebab mengantuk kekenyangan.


Hadif comel buat mulut fish.



Haziq dan Hana berlakon ambil gambar. Last-last ABC tak habis. Nasib baik beli satu saja.


Kalau singgah di Ipoh silalah ke kedai-kedai tersebut. Berbaloi!