Friday, March 20, 2015

Al-Kisah Handbag

Sudah setahun lebih saya puasa dari membeli handbag. Pembelian terakhir adalah Coach Park Metro Signature. Beli masa sale Krismas tahun 2013. Jadi dapat beli dengan harga yang sangat murah dari harga yang sebenar.


Beg inilah yang saya lenjan hari-hari ke tempat kerja. Ada beg lain tapi senang pakai beg ini sebab besar.

Baru-baru ni macam terberkenan dengan beg dari Michael Kors ini. Rekabentuk cantik dan sesuai sangat bawa pergi kerja. 


Tapi harga, pergh..... rasa sayang pula duit nak keluarkan untuk beli. Lagipun warna hitam, hitam is boring. Kononlah, sebab nak pujuk hati sendiri. 

Ok, next!

Tiba-tiba tersuka pula dengan beg designer tempatan pula. Harga pun lebih murah dan cantik juga!

Kiri: Sofina 3 by Vivy Yusof (RM179)
Kanan: Soho - Sometime for Poplook (RM119)


Setelah ditimbang-tara, akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli Sofina 3. Kenapa warna biru? Sebab saya belum pernah ada handbag warna biru lagi.

Cuba tengok harga yang saya perlu bayar selepas ditolak diskaun. Wow, rasa berbaloi pula. Tak sabar tunggu beg ni sampai. Lambat lagi nak dapat sebab beg ni pre-order. Hujung bulan Mei baru dapat. 


Kalau sesiapa yang teringin juga Sofina 3 bolehlah beli di Fashion Valet atau di Sometime. Pre-order dibuka sehingga 22 Mac 2015, Ahad ini saja. Ada 6 warna yang boleh dipilih. Selamat membeli. 

Monday, March 2, 2015

Hadiah

Sebenarnya hampir 2 bulan saya sibuk dan tak sempat nak layan apa-apa pun contest. Tapi ada juga sedikit rezeki untuk saya.

Tiket wayang dari Pallas.


Tiket wayang lagi dari Shokubutsu.


Yang ini best, menang Grand Prize untuk peraduan anjuran Vanish. Dapatlah voucher bernilai RM500. Rezeki untuk anak-anak beli barangan Swan.


Ok, itu saja. Bila nak rajin masuk contest semula tak tahulah. Letih kerja, balik rumah letih menguruskan rumah pula. Nak belek borang contest pun tak sempat.