Friday, December 18, 2015

Rezeki Contest

Lama jugalah saya tak update berkenaan hadiah yang saya dapat dari contest. Menang sikit-sikit saja sebab saya masuk contest ikut rajin. Kalau malas, lama jugalah borang-borang contest yang ada terperam. Last-last dibuang sebab sudah tamat tempoh.

Ini antara hadiah yang saya dapat. Update di blog sebagai kenangan.

Menang produk Sunplay dari majalah Eh!.


Barang sudah pun sampai di tangan. Boleh tahan banyak jugalah.


Produk Silky Girl dari majalah Eh! juga. Sebenarnya ada lagi barang Silky Girl ni (bedak dan eye shadow) tapi sudah diambil oleh Hana. Tak sempat-sempat nak ambil gambar. 


Produk Sothys dari majalah Glam. Lupa nak ambil gambar. Produknya cuma seketul saja. Tapi harganya tersangatlah mahal bagi saya. Kalau kena beli sendiri, haruslah tak beli. 


Voucher TGV Indulge dari majalah Glam Lelaki. Voucher ini hanya boleh digunakan di TGV 1Utama. Sudah selamat saya jual separuh harga. 


Hadiah tempat ketiga dari Peraduan NTPM. Hadiah ini saya suka sebab dapat menang wang tunai RM1,000.



Cek telah selamat sampai dah sudah ditunaikan. 


Hadiah saguhati dari Peraduan Hari-Hari Bersama Uniliver. Dapat voucher Mydin bernilai RM50.



Hadiah paling best tahun ini yang saya dapat adalah voucher Mydin bernilai RM12,000 dari Peraduan Nestle. Boleh jimat duit dapur dan keperluan rumah selama setahun. 


Untuk Peraduan Hargai Detik Keemasan Sunquick saya dapat hadiah mingguan. Hadiahnya berupa voucher Habib Jewels bernilai RM1,000. Saya memang target untuk dapat hadiah mingguan saja untuk peraduan ini. Entry pun hantar 2 sahaja. Tapi lambat lagi vouchernya nak dapat, kena tunggu lepas peraduan ni tamat. 


Ok, itu saja. Harap tahun depan dapat menang hadiah yang lebih besar. Doakan saya. 

Wednesday, December 2, 2015

Niko-Niko


Nampak tak deretan beg dengan pelbagai warna yang sungguh lazat ini? Rambang mata dibuatnaya. Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.

Saya memang dah lama mengidam nak beli satu bucket bag. Tapi tak berkesempatan nak beli lagi sebab kalau ada yang berkenan, harganya terlalu mahal. Kalau harga dah ok, design tak berapa menarik pula. 

Bila sometime_byasiandesigners maklumkan akan keluarkan bucket bag, sayalah orang yang paling seronok. Harus dapatkan 1. 


Memperkenalkan Niko-Niko #perfectbucketbag saya. Warna Payne Gray menjadi pilihan hati. Semalam semuanya sudah sold out. Memang laku macam pisang goreng panas.

Kalau restock mungkin saya akan beli lagi 1. Ops!

Aktiviti Cuti Sekolah

Hari ini Haziq Fahmi menghadiri kelas robotik di Perpustakaan Cawangan Bertam. Sebenarnya saya nak daftarkan Haziq dan Hadif, tapi kelas hanya dibuka untuk mereka yang berumur 10 tahun ke atas. Bayaran cuma RM20 sahaja.


Gambar-gambar di ambil oleh Huzein sebab dia yang hantar Haziq.  



Haziq nampak happy. Dapat kenal kawan baru dan belajar benda baru. Dia memang minat dengan Sains.


Ada lagi beberapa aktiviti cuti sekolah yang saya tengah intai nak bagi anak-anak masuk. Maklumlah cuti sekolah ni memang tak ada perancangan untuk pergi holiday ke mana-mana. Kalau ada yang best nanti saya share di blog.

Konda Kondi Cafe, Ipoh

Balik ke Ipoh, biasanya sekali-sekala kami akan keluar makan di luar beramai-ramai. Malam itu kami makan malam di Konda Kondi Cafe. Cafenya kecil tetapi memang ramai pengunjung. Menyediakan pelbagai hidangan barat. 

Hiasan dalaman cafe ini pun menarik. 



Menu.


Hafiy Jazmi yang riang-ria. Baru bangun tidur.


Sesambil menunggu hidangan sampai, kami sembang-sembang.




Itu dia yang dipesan sudah sampai.

Spagetti Carbonara. Sedap tetapi masin sedikit.


Chicken Chop, sedap!


Steak Black Paper Sauce. Bolehlah, sebab pernah rasa yang lebih sedap.




Selain makan-makan, pengunjung dihidangkan dengan persembahan nyanyian oleh Panji Buskers.



Hafiy yang enjoy dengan lagu. Siap tepuk tangan lagi.


Lepas makan, kalau nak nikmati aiskrim boleh beli di Freddo Street Ice Cream yang terletak di luar cafe.


Menu aiskrim.


Sementara menunggu boleh tengok bagaimana aiskrim disediakan.


Ramai juga yang membeli aiskrim di sini.



Kalau ke Ipoh jangan lupa singgah di Konda Kondi Cafe dan juga Freddo Street Ice Cream. 

Tahniah Farhana & Fadzli

Cuti sekolah mesti kenyang makan kenduri. Minggu lepas saya pulang ke kampung menghadiri majlis kenduri sepupu Huzein. Seronoknya sebab dapat berjumpa dengan ramai saudara-mara.

Hafiy yang masam sebab baru bangun tidur.


Selain nasi, pelbagai jenis kek dan manisan disediakan. Sudah orang jamu, haruslah makan.


Ketibaan pengantin.


Siap diiringi motor besar lagi.





Di arak masuk ke dalam dewan.




Bacaan doa untuk kesejahteraan pengantin.



Lepas makan kami lepak-lepak sambil sembang-sembang.


Abah dan mak dipanggil menepung tawar pengantin.



Moga kekal hingga ke Jannah.


Kami bergambar di depan dewan.

Hadif tanya, kenapa kita semua pakai baju merah tapi abah tak pakai baju merah?
Abah anak orang lain, kamu semua anak Huzein Fahmi, saya jawab macam tu. Jangan marah ha!


Anak-anak tengok pokok kiambang di dalam kolam kecil depan dewan. Tak biasa tengok. Masa kecil dulu saya biasa main letup-letupkan pokok kiambang ni sebab rumah memang berdekatan dengan bendang.


Harapnya lepas ni ada lagi jemputan kenduri. Seronok sebab dapat makan sedap dan satu lagi sebab tak payah masak.