Tuesday, January 19, 2016

Dan Sekolah Pun Bermula

Tahun 2016, rutin saya bakal berubah. Tahun ini 3 orang anak saya sudah bersekolah di sekolah rendah.

Haziq Fahmi sudah masuk darjah 5. Haziq bersekolah pada sesi pagi.


Hana Alesya baru Tahun 1. Bersekolah pada sesi petang. Paginya dia ke Pra Tahfiz Imaan untuk transit dan belajar mengaji.


Hadif sudah masuk Tahun 2. Nampak macam kembar dengan Hana Alesya sebab sama besar.

Masa ni tengah bersiap nak ke sekolah sesi petang.



Ibu pun sibuk menempek nak bergambar juga. Saya ambil cuti untuk mudahkan urusan persekolahan anak-anak.



Bila sekolah bermula, maka bermulalah hari-hari di mana stressnya membasuh baju-baju putih anak-anak.



Semoga saya diberi ketabahan, demi anak-anak.

No comments: