Tuesday, January 19, 2016

Hana Alesya Tahun 1

Tahun ini Hana Alesya bakal memulakan sesi persekolahan di sekolah rendah. Cepat sangat masa berlalu. Sesi orientasi diadakan pada 2 Januari 2015. Awal pagi sudah hantar dia ke sekolah.


Hana Alesya ditempatkan di kelas sementara, kelas kuning. Mula-mula muka dia macam tak happy sebab tak nampak kawan yang dia kenal. Bila nampak saja kawan di tadika barulah senyum sikit.


Ibubapa yang datang menghantar anak pun ramai, maklumlah Tahun 1 untuk sesi 2016 ramai. Kalau tak silap saya dalam 300 lebih.


Tengoklah ragam ibubapa.




Hana dan kawan-kawan menuju ke kelas. Ujian diadakan pada hari ini untuk menentukan kelas mereka nanti.




Selepas selesai ujian, kami semua balik.

Hari pertama sesi persekolahan, 4 Januari 2016, lagi sekali saya hantar Hana Alesya ke sekolah. Dia bersekolah pada sesi petang. Semua berkumpul di dewan dan dimaklumkan kelas mana yang mereka duduki untuk Tahun 1. Hana Alesya dapat kelas 1 Perdana. 

Ada juga kawan yang dia kenal di dalam kelas 1 Perdana. Bersembang bukan main lagi.



Saya dan Huzein tinggalkan dia dan datang sekali lagi pada masa rehat. Waktu balik saya minta dia tunggu di dalam sekolah bersama dengan Hadif. Senang sikit nak jemput balik.

Hari kedua persekolahan, paginya Hana dan Hadif pergi ke Pra-Tahfiz Iman (tempat mengaji dan transit). Mereka ke sekolah dengan menaiki van. Saya dan Huzein tunggu di sekolah tengok macamana keadaan Hana. Saya tak risau sangat sebab ada Hadif untuk tengok-tengokkan dia. 

Kami sempat lepak di kantin dan makan-makan. 


Lega sebab hari kedua semuanya sudah berjalan lancar.

Harap Hana Alesya rajin belajar dan tidak kekok dengan suasana baru.

No comments: