Tuesday, January 19, 2016

Kenduri Malam

Tajuk macam seram saja. Tak ada apa-apa cuma saya sekeluarga menghadiri majlis kenduri yang diadakan pada waktu malam. Saya jarang sekali dapat jemputan untuk menghadiri kenduri pada waktu malam. Tapi baru-baru ini adik ipar saya buat jemputan kenduri untuk majlis perkahwinan adiknya. Kenduri di adakan di Restoran Pan Mutiara, Pulau Pinang. 

Kenduri kecil-kecilan sahaja dan jemputan hanyalah di kalangan ahli keluarga dan sahabat terdekat. 



Saya dan anak-anak, sedondon merah.



Antara jemputan yang hadir.


Pasangan pengantin.


Acara diserikan dengan persembahan silat.



Sebelum makan, doa di baca. Saya duduk semeja bersama mak saya dan saudara yang lain. Hidangan istimewa adalah kari kepala ikan. Memang sedap! Makan sampai licin.



Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang diberikan olehNya.

No comments: