Friday, March 18, 2016

Trip To KL

Cerita ini sudah basi dan hampir terlupa. Atas kekangan masa, saya hampir-hampir melupakan blog ini. Tapi sayang punya pasal, saya update juga. Kena pandai curi masa.

Kami sekeluarga ke KL. Menghantar bapa mertua saya ke Australia, rumah adik ipar saya. Babai Atuk, harap lepas ni kami ada peluang lagi ke sana.


Lepas Atuk berlepas, kami lunch di sini. Kemudian ambil gambar sikit buat kenangan.


Dari KLIA2 kami ke Putrajaya. Cadangnya nak naik bot di sana.

Sian Hafiy muka mengantuk. Tak sempat nak tidur puas dah kena bangun.


Ambil gambar dengan pelbagai aksi. Seperti biasa, Huzein cuma jadi tukang ambil gambar.












Gigih berjalan jauh dari tempat parking ke tempat bot. Malangnya cuaca tak berapa elok, angin kuat. Jadi terbatal hasrat nak naik bot.





Tengok dari jauh sajalah.


Dari Putrajaya kami ke Mitsui Outlet Park. Nyata tak seronok sangat sebab harganya masih mahal bagi saya.






Kami cuma jalan-jalan di sini. Kalau beli pun kami cuma beli coklat di sini. Itupun suruh anak-anak pilih yang murah-murah sahaja. Harga cekik darah.



Percutian yang tak berapa menarik. Tapi sekurang-kurangnya dapat ke tempat-tempat yang belum pernah kami sampai.

No comments: