Friday, April 1, 2016

Celebrate Birthday Hadif & Hafiy

Sambutan birthday Hadif dan Hafiy kami sekeluarga sambut sekali sebab keduanya lahir pada bulan Februari. Sambutan kecil-kecilan sahaja. Seperti biasa, kami ke Puncak Mutiara.

Kek beli di Bread History. Pilihan Hadif. Mungkin terliur tengok strawberi dekat kek ni. 




Hadif Syahmi menyambut ulangtahun ke 8.


Hafiy Jazmi menyambut ulangtahun ke 2. Rasa macam cepat sangat masa berlalu.


Hafiy muka masih blur-blur lagi sebab baru bangun tidur.


Meh kita makan sup kambing cicah dengan roti benggali. Sup kambing di sini memang sedap.


Sambil makan, sambil tengok kucing.


Meriah betul meja makan kami. Macam-macam yang diorder.


Dengan muka sememeh, percubaan Hafiy untuk membuat muka comel. Tak payah buat muka comel, kamu memang sudah comel!


Ok, ibu memang nampak over sedikit di sini.


Memandangkan makanan yang kami pesan tersangatlah banyak, kami tak makan pun kek masa di Puncak Mutiara. Kek kami bawa balik dan makan di rumah.

Sebelum potong kek, ambil gambar sedikit buat kenangan. Hafiy nampaknya sudah tidak sabar untuk meramas kek birthday dia.


Abang Haziq terus menyelamatkan keadaan. Kalau tak, habislah kek sebelum sempat diambil gambar.


Kali kedua pun macam tu juga. Hafiy memang tak sabar-sabar nak makan kek!


Terpaksalah suruh Haziq pegang dia.


Hadif dan kek birthday.




Yang pertama dituju adalah strawberry.



Hafiy menikmati kek birthday dia. Bersungguh makan sampai comot.






Happy birthday Hadif dan Hafiy. Semoga membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh. Ibu sayang kamu berdua.
Eh! Haziq dan Hana pun sayang jugek.

No comments: