Monday, April 4, 2016

Karnival Jom Sorak Mai Riuh

Karnival Jom Sorak Mai Riuh telah berjaya diadakan dan mendapat sambutan yang begitu hangat daripada pelajar-pelajar Sek. Keb. Bertam Perdana. Haziq dan Hadif juga turut serta. Awal pagi lagi sudah pergi mendaftarkan diri. 

Haziq dan Hadif memang minat dengan bolasepak. Jadi peluang seperti ini tidak dilepaskan.

Saya datang kemudian bersama Hafiy dan Hana Alesya. Tak sangka meriah sungguh!





Tun Abdullah dan isteri juga datang ke karnival ini.




Pelajar dibahagikan mengikut umur dan diberikan t-shirt percuma. Semua orang ada peluang untuk bermain dan belajar bolasepak.


Haziq dan team dia dari jauh.



Hadif dan team dia. Hadif pun team biru juga.





Saya duduk di tepi padang sajalah bagi sokongan. Hafiy sempat beramah-tamah dengan ibu bapa yang duduk di tepi padang. Sibuk nak salam dengan semua orang. Macam YB pun ada.




Selain itu ada juga pelancaran USM Book Club @ SK Bertam Perdana.


Juga pameran oleh Sek. Keb. Bertam Perdana. Pendek kata memang meriah sungguh sekolah hari tu.




Mesyuarat Agung PIBG juga diadakan pada hari tersebut. Tinggalkan anak dipadang sekolah, kami  hadiri mesyuarat.


Sekejap-sekejap saya ke padang tengok anak-anak beraksi.









Selesai training sesi pagi, kami terus balik. Bagi anak-anak berehat sekejap sebab pada petangnya ada sambungan lagi.

Harap Haziq dan Hadif dapat kembangkan lagi minat dalam suka bolasepak. Biar cergas sikit daripada duduk dalam rumah tengok TV dan main game. 

No comments: