Friday, May 20, 2016

Kenangan Di Lexis Suite Penang

Saya teringin nak ke Lexis Hibiscus Port Dickson tapi belum ada rezeki ke sana lagi. Seronok kalau dapat pergi hotel yang ada kolam di dalam bilik. Senang sikit nak mandi-manda.

Bila Lexis Suite Penang dibuka, sayalah salah seorang yang teruja sangat nak ke sini. Dekat nak pergi dan konsepnya juga sama dengan Hotel Lexis yang lain, iaitu ada kolam renang di dalam bilik. Best sangat!

Bulan Mac yang lepas saya dan Huzein ke sini. Kami berdua sahaja. Anak-anak ada di kampung. Hafiy tinggal semalam dengan Tok. Jadi dapatlah kami dating berdua.

Bilik di sini besar dan selesa. Ini memang muat kalau menginap sekeluarga. 


Tab mandi, boleh berendam sambil menikmati permandangan di luar.




Selfie jamban antara gambar yang wajib diambil.



Bilik memang best, besar dan selesa.



Bilik kami mengadap ke laut. Sayup mata memandang. Sesekali baru nampak bot lalu dari jauh. 


Petang itu kami berjalan-jalan di pantai berdekatan dengan hotel. Pantainya biasa-biasa saja.


Kalau teringin nak ronda-ronda naik bot, ada perkhidmatan ini disediakan. Harga saya tak pasti sebab malas bertanya.



Gambar hotel dari tepi pantai.


Gambar tuan tanah konon-konon bergaya ayu. Kenapakah nampak pendek?


Di tepi pantai ada budak-budak seronok main air dan pasir. Terus teringat anak-anak. Boleh gitu?



Berdepan dengan hotel ada kedai nasi kandar, Taat Cafe.


Depan kawasan hotel.


Sempat menikmati permandangan senja yang cantik dari dalam bilik.


Malam itu kami ke kedai Ayu Mee Udang, antara kedai yang famous di sini.






Mee udangnya di sini kira kategori sedap. Kalau datang area sini bolehlah singgah cuba.



Papan tanda kedai.


Esoknya kami bersarapan di hotel. Lupa nak ambil gambar. Tapi dim sum di sini sedap. Habis sarapan kami ronda-ronda sekitar hotel tengok apa kemudahan yang ada. 

Ada gym. 



Bilik untuk reakreasi.


Kolam renang hotel biasa-biasa saja maklumlah setiap bilik ada kolam sendiri.



Nak sewa pancing pun boleh juga.


Tempat mainan kanak-kanak. Ada charge dikenakan, tapi saya lupa berapa.



Nak berkaraoke pun boleh. Tapi masa kami pergi karaoke belum lagi beroperasi.


Spa juga belum beroperasi masa kami pergi.


Itu sajalah cerita saya di Lexis Suite Penang. Sudah jadi kenangan.

Kalau ada rezeki nak bawa anak-anak datang sini juga. Harapnya tahun ini dapat datang ke sini lagi sekali.

2 comments:

Syuhada Salleh said...

bestnyee..terigin nak ke sini..

Aishah Megahasz said...

Syuhada: Rasanya sekarang masih ada lagi promosi untuk bilik. Bolehlah try book.