Wednesday, September 7, 2016

From Taiping With Love

Lama kami semua tak berjalan-jalan ke Taiping. Sempena cuti sekolah, kami ambil kesempatan ke Taiping. Hajat di hati nak melawat Zoo Taiping.


Masuk dalam terus beratur naik train. Tak larat nak jalan. Ibu sudah tua 'nak. Ditambah dengan cuaca yang panas, haruslah naik train.


Gajah comel. Kesian dia kepanasan. Asyik ambil air dan sembur ke badan sendiri.


Tengok zirafah dari jauh.


Anak-anak saya. Baru 4 tapi kecohnya macam 10. Harta dunia dan akhirat.



Walaupun cuaca panas Hana Alesya tetap maintain suka nak bergambar. Macam-macam posing dia beri.


Panas you, cepat skit ambil gambar.


Orang utan yang nampaknya kesedihan.


Buaya juga nampak sedih walaupun tak berapa jelas sedihnya.


Lepas ronda-ronda dalam zoo, kami pergi makan. Perut sudah lapar. Kami ke Medan Selera Bomba Taiping. Antara yang famous di sini adalah popia.




Mee Combat salah satu kegemaran Huzein.


Selesai makan kami ke Taman Tasik Taiping. Haziq dan Hadif malas nak ikut ambil gambar. Sibuk main iPad. Hish, anak-anak zaman sekarang.


Comel ja Hafiy, tak pernah tak gembira.


Seronok berlari-larian. Kadang-kadang takut terbabas lari terjun ke dalam tasik.



Hafiy dan ibu. Oh, ibu nampak gemuk dari belakang.



Punyalah banyak gambar Hana Alesya dalam kamera. Ibu letak 1 saja dalam blog. Jangan marah.


Entah apa jenis posing ni.


Hari sudah menginjak petang. Kami terus pulang ke Penang dengan hati senang.

No comments: