Wednesday, March 30, 2016

Berjimba Di Bayview Beach Resort Pulau Pinang

Percutian kami di Bayview Beach Resort Pulau Pinang ini adalah tajaan dari Peraduan Indo Cafe. Ada banyak pilihan hotel yang diberi dari peraduan ini tapi selepas berbincang dengan Huzein, kami pilih hotel ini sahaja. Sebab dapat 1 malam sahaja. Kalau pilih hotel yang jauh-jauh rasa macam tak berbaloi pula.

Permandangan dari bilik kami. Nampak gunung-ganang sahaja. Nama pun ditaja jadi dapat bilik yang biasa-biasa sahaja, bukannya mengadap laut. 


Dalam bilik hotel. Bilik ok sebab besar, selesa untuk kami sekeluarga. Tapi perabot-perabotnya nampak lama.



Gambar jam pun anakku nak ambil. Apa-apa sajalah asal bahagia.



Hafiy yang sentiasa bahagia. Seronok sebab dapat jalan-jalan.


Percutian ini adalah sempena menyambut birthday Hadif dan Hafiy yang kebetulan jatuh pada bulan Februari. 

Kami ke sini cuma untuk berehat-rehat dan bagi peluang anak-anak mandi kolam puas-puas.

Kolam untuk kanak-kanak di hotel ini best sangat! Anak-anak saya pun enjoy. Punyalah sakan mandi-manda sampai kecut.



Bukan main lagi aksinya.


Hafiy sikit pun tak takut naik gelongsor dengan Haziq. Seronok bertepuk tangan lagi.



Hana Alesya.






Hafiy dan Abang Haziq. Masa mandi ni Hafiy banyak dijaga oleh Haziq. Saya malas nak turun dalam air.


Sampai merah-merah mata dan meleleh hingus punya main air.






Lepas puas mandi kolam, anak-anak ajak ke pantai pula. Matahari hampir tenggelam, jadi cantiklah kalau ambil gambar.









4 beradik yang tak puas-puas main air. Lepas main air main pasir pula.


Hafiy pertama kali merasa air laut. Dia macam pelik rasa air laut yang masin.




Matahari hampir terbenam.


Saya enjoy main air dengan Hafiy. Seronok tengok anak seronok.


Esok paginya lepas breakfast di hotel, sesi main air lagi. Main puas-puas sebab tengahari sudah nak check out.






Hafiy dan ibu. Mengempeng sebab letih mengantuk.


Di pantai kalau nak naik kuda boleh juga. Ada bayaran dikenakan tapi saya tak ingat berapa.



Sakan punya berenang.



Dalam jam 12 kami sudah check out dari hotel dan pergi ronda-ronda sekitar Pulau Pinang. 

Alhamdulillah, walaupun percutian yang singkat tapi sangat menyeronokkan untuk anak-anak saya. Harap ada rezeki untuk pergi bercuti lagi hasil dari masuk peraduan.

Update Sikit Hadiah

Memandangkan kekangan masa juga, saya jarang-jarang dapat masuk peraduan. Hadiah yang dapat pun ciput juga. Upload di sini buat kenangan.

Ini hadiah dari Peraduan Dettol. Dapat hadiah saguhati sahaja, hamper produk Dettol.


Hadiah saguhati untuk Peraduan Kimberly-Clark atas nama suami. Kad Petronas bernilai RM100. Dapatlah  jimat sikit duit minyak. 


Ini pun hadiah saguhati dari Peraduan Follow Me Mydin. Dapat hamper produk Follow Me. 


Last sekali voucher Habib bernilai RM1,000 dari Peraduan Sunquick. Ini pun hadiah saguhati sahaja. 


Tahap kemalasan masih belum berubah. Kadang-kadang bila rajin datang tapi masa pula tiada. Harapnya lepas ni dapat menang lebih banyak.