Thursday, January 4, 2018

Selamat Datang 2018

Selamat datang 2018. Tahun 2018 saya bercadang untuk menulis blog semula selepas lebih setahun bercuti. Kena rajin-rajin dan harapnya berterusanlah azam ni. Jangan hangat-hangat taik ayam sudahlah.

Dipersembahkan gambar terkini. Ini buat semangat bagi menguruskan berat badan pada tahun ini. Berat badan naik mendadak selepas bertukar tempat bekerja. Makan beria saja hari-hari. Bila umur makin meningkat (tahun ini sudah memasuki angka 4) kena jaga kesihatan dan kecantikan supaya nampak awet muda!


Usia perkahwinan tahun ini bakal menjejak usia 14 tahun. Sudah setahun lebih kami berdua PJJ. Kadang-kadang PJJ pun ada baiknya. Bersemangat nak jumpa pada hujung minggu. Semoga kami berdua terus positif, support each other dan murah rezeki. Mana tahu, ada rezeki boleh duduk bersama balik nanti.


Tahun ini Haziq Fahmi sudah masuk tingkatan 1. Alhamdulillah, dia dapat keputusan yang baik untuk UPSR. Semoga kejayaan terus mengiringinya.

Hadif tahun 2018 akan masuk ke tahun 4 dan Hana Alesya tahun 3. Sudah tidak dapat pergi sekolah bersama sebab Hadif bersekolah pada sesi pagi dan Hana sesi petang.

Hafiy bakal berusia 4 tahun. Saya cuma berharap Hafiy sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Target saya tahun ini supaya Hafiy dapat diaperless untuk memudahkan saya hantar dia ke sekolah nanti.


Gambar permulaan 2018. Hantar Haziq duduk di asrama. Sedih hati sebab was-was nak lepaskan dia. Tapi dia macam happy sebab ada juga kawan-kawan lama di sekolah rendah yang bersekolah di sini.
Semoga semuanya baik-baik saja untuk Haziq.


Rutin 2018 saya bakal berubah. Doakan yang terbaik! Semoga kita semua sentiasa dirahmati olehNya.

1 comment:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

rerajin update blg ye,.. dari ila mak anak 4 haha